Sunday, April 26, 2020

CINTA & KEJAYAAN

     Assalamualaikum dan salam ramadhan.. Alhamdulillah kita diberikan peluang dibulan yang mulia tahun 2020 ini untuk beramal dan mencintai agama dan pencipta dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Mati itu pasti dan kita tidak mengetahui bilakah masanya kita akan kembali semula di tempat yang kekal. Sekarang masih didalam tempoh perintah kawalan pergerakan (pkp) yang sudahpun sebulan lebih. Sebelum blog sis menjadi hangat-hangat tahi ayam seperti yang dinasihatkan kawan sis. Maka suka sis untuk menyambung penulisan berkaitan dengan cinta dan kejayaan. Seperti yang kita ketahui, masyarakat kini tidak lekang dari perkataan cinta di bibir mengenai mencintai manusia yang terlalu banyak kekurangan. Percintaan kepada manusia sudah menjadi satu fenomena kepada masyarakat kini bukan saja di bangku sekolah menengah malah sekolah rendah. Mereka telah mula mencintainya insan yang bernama manusia berlainan jantina mahupun sama jantina.. hahahaahah.. sama jantina tu jangalah dibuat ye.

     Adakah mencintai seseorang menjadikan manusia itu boleh berjaya dalam kehidupannya. Jawapannya ada dua ya dan tidak. Ya, apabila kita benar-benar mencintai keluarga dan menginginkan ibu dan ayah tersenyum atas kejayaan yang kita miliki. Ya, apabila kita mencintai pencipta yang kekal dan mencintai kita sedalam-dalamnya melebihi makluk lain yang hanya mencintai kita mungkin hanya dibibir. Bukan sis menidakkan cinta manusia, cinta manusia ada yang betul2 tulus dan ikhlas mencintai kita seperti cinta seorang ibu kepada anaknya, cinta seorang isteri kepada suaminya, cinta seorang suami kepada isterinya. Tetapi apabila saluran cinta itu di tempat yang tepat maka cinta itu akan membuahkan kejayaan. Ada yang beranggapan kejayaan itu daripada wang yang banyak, ada pula yang beranggapan kejayaan itu daripada ilmu yang banyak dan ada yang beraggapan kejayaan itu daripada kasih sayang dan kebahagiaan. walau bagaimanapun, wang tidak mampu membeli kebahagiaan dan ilmu pengetahuan. Suka untuk saya nyatakan terdapat ramai manusia yang telah berjayaan memperolehi kekayaan hanya dengan berniaga, youtuber, dan bermain permainan video. Mereka membuat penyataan tak perlu belajar tinggi-tinggi tetapi duit berkepuk-kepuk. Lihatlah mereka yang belajar tinggi masih menunggu pekerjaan dan menganggur. Oleh itu, lihatlah disitu kenapa orang yang belajar tidak mengendahkan statement itu, kerana mereka yang membuat penyataan sedemikian telah memperlihatkan kebodohan mereka sendiri. Disini saya ingin tegaskan bahawa pencapaian setiap orang adalah berbeza-beza. Mereka yang sambung belajar mungkin beranggapan bahawa ilmu adalah kejayaan. Mereka yang bekerja dan tidak mahu melanjutkan pelajaran mungkin berangggapan wang adalah kejayaan. Akan ketapi lihatlah tokoh-tokoh yang tersohor sejak zaman Rasullah bagaimana mereka mengangkat ilmu, mencintai ilmu dan  menghormati ilmu. Tokoh-tokoh hebat yang mencitai ilmu pengetahuan seperti ibnu sina, ibnu battutah, kwarizmi dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat lihat bahawa kejayaan yang sebenar adalah dengan mendapatkan ilmu dan mencari ilmu. Walau dimanapun ilmu itu berada, keluarlah dan carilah dan pelajarilah dan sebarkanlah untuk kebaikan masyarakat dan agama.

    Tidak, jika kita mencintai lelaki/perempuan hanya untuk mengisi kekosongan dan mengejar kebahagiaan yang hanyalah sementara. Pelbagai cerita di bangku persekolahan yang telah sis dengar daripada sahabat, kenalan, dan mungkin sis ni boleh jadi penasihat cinta kot walaupun sis tak bercinta. Bila berbicara soal cinta setiap orang mempunyai target dalam kehidupan, bagi sis cinta di bangku persekolahan hanyalah sia2 dan sis tidak berminat terlibat dengan cinta. sis ada seorang kawan yang sis sangat rapat tapi perwatakannya sagt berbeza dengan sis apabila dia suka bercinta dan putus dan bercinta dan putus. Mungkin sis ni dulu jenis mulut puaka kot. jadinya sis nasihatkan dia, kau nak tahu kenapa lelaki senang tinggal kau? sebab kau terlalu mudah. terasa berdosa juga la dengan ungkapan tu bila sis kenang sekarg tapi sis dah tak rapat dengan kawan sis tu hanya disebabkan lelaki. kekecewaaan sis tu menyebabkan sis sudah tidak boleh berbaik denganya. Persahabatan sis dengan sahabat sis sejak dibangku sekolah rendah sehingga menengah rapat tu org tgok boleh syak lesbian la..hahah. tapi kawan sis makin menjauh daripada sis sebb dia takut pakwe dia suka sis. sebb sebelum2 ni kalau pakwe2 dia nampak sis pakwe dia akan nak kenal sis. scandal dia pun ngorat sis dan ada lelaki yang bercinta dengan dia sebb nak tahu pasal sis dan nak dekat dengan sis. Betapa durjannya orang yang bernama lelaki yang hanya bertuhankan nafsu. Okay, kat situ kita dapat tgok kenapa percintaan itu membawa kepada kegagalan. Gagal dalam persahabatan yang dibina sekian lama hanya kerana mengejar cinta yang tidak kekal.

     Percintaan juga membawa kita kepada kegagalan apabila kita mengejar keseronokan yang sementara. Menginginkan diri dicintai dan disayangi kerana merasa kurang dengan cinta dan kasih sayang orang tua yang mungkin sibok dengan kerja. Mengejar kasih sayang dan keseronokan yang sementara sehingga kita lupa mencintai dan menyayangi diri sendiri dan menjaga maruah diri. Kejayaan bukan sahaja dalam pelajaran tetapi kejayaan dalam menjaga maruh diri, keluarga dan masa depan. Perasaan dan cinta yang hadir kepada seseorang boleh jadi kerana nafsu dan syaitan yang ingin kita terjerumus dalam lembah kemaksiatan dan kegagalan. Apabila kita menwujudkan rasa cinta maka kita inginkan perhatian dan fokus kita mula berpindah dan tidak sepenuhnya kepada pelajaran dan target yang ingin dicapai. Ada yang bercinta kerana trend dan terikut-ikut kawan dan akhirnya menyebabkan  orang lain terluka. Oleh itu, kadangkala cinta itu hanya mementingkan diri sendiri, memenatkan dan menghancurkan. Kenapa apabila kita mula kecewa dan perasaan dihancurkan baru kita ingin mencari cinta yang kekal iaitu cinta Allah. 

     Sebagai kesimpulan suka saya melihat kepada penyataan 'jika kita jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah'. Penyataan ini tidak sesuai digunakan apabila kita jatuh kerana cinta manusia dan kita bangkit kerana cinta Allah. Penyataan ini hanya sesuai digunakan apabila kita melalui ujian yang menyebabkan kita jatuh kerana manusia atas sebab kebencian, pengabaian, kutukan, perlian yang menyababkan kita jatuh dan tersungkur, tapi janganlah kita berputus asa semasa berada di bawah. Kerana Allah menguji supaya kita sentiasa kembali kepada-Nya mengingati-Nya dan berharap hanya kepada-Nya. Maka bangkitlah kerana cinta Allah s.w.t. Hal ini kerana, di situlah terletakkan cinta dan kejayaan yang sebenar-benarnya, mencintai Allah s.w.t dengan menghadapi segala ujian yang diberikan serta bergantung haraplah hanya kepada Allah s.w.t. 


sekian saja sambungan penulisan sis yang ringkas. Semoga dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Penulisan ini hanya untuk mengisi masa lapang dan apa yang terlintas di fikiran. In syaa allah sis akan sambung pula dengan tajuk 'kebencian dan penyesalan'. 


Wednesday, April 8, 2020

Permulaan kepada penulisan blog

     Penulisan dilakukan disebabkan beberapa faktor iaitu pengetahuan seperti berkongsi pengalaman, bacaan dan pemikiran. Keduanya, mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Minat seseorang dalam penulisan mewujudkan satu desakan dalam mengumpul ilmu pengetuan. Walau bagaimanapun, terpanggilnya sis untuk menulis blog ini disebabkan oleh desakan luaran pada tahun 2020 iaitu arahan Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan malaysia disebabkan peristiwa covid 19 yang berasal daripada virus keturunan corona katanya,, hahahhaahah.. 

     Jadinya, daripada duduk dirumah dan tidak berbuat apa-apa adalah lebih baik sis memulakan penulisan sis kan? terfikir sis untuk menulis dan berkongsi pengalaman, ilmu dan apa-apa yang sepatutnya. Oh ye, tidaklah sis tak buat apa-apa, sis sambung master tatapi penulisan master sis sangat lambat bergerak. Maklumlah master kan adalah la perlbagai cabaran yang sis harus hadapi. master dan degree adalah sangat berbeza situasinya. Jadinya sis akan kongsikan pengalamn sis masa degree dan master di lain post nnti. hahahahah

     Kesimpulannya, ini sahajalah mukadimah daripada sis kepada rakan-rakan sis yang sibok suruh  sis buat blog ini HIDAYAH JASNI dan HAZANI ZABUDDIN. Semoga anda berdua menjadi pembaca yang setia kat blog aku ni. okay sekian saja repekan daripada sis. Sis nak kena sambung menulis kerja sis pula.. Assalamualaikum

CINTA & KEJAYAAN

     Assalamualaikum dan salam ramadhan.. Alhamdulillah kita diberikan peluang dibulan yang mulia tahun 2020 ini untuk beramal dan mencinta...