Wednesday, April 8, 2020

Permulaan kepada penulisan blog

     Penulisan dilakukan disebabkan beberapa faktor iaitu pengetahuan seperti berkongsi pengalaman, bacaan dan pemikiran. Keduanya, mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Minat seseorang dalam penulisan mewujudkan satu desakan dalam mengumpul ilmu pengetuan. Walau bagaimanapun, terpanggilnya sis untuk menulis blog ini disebabkan oleh desakan luaran pada tahun 2020 iaitu arahan Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan malaysia disebabkan peristiwa covid 19 yang berasal daripada virus keturunan corona katanya,, hahahhaahah.. 

     Jadinya, daripada duduk dirumah dan tidak berbuat apa-apa adalah lebih baik sis memulakan penulisan sis kan? terfikir sis untuk menulis dan berkongsi pengalaman, ilmu dan apa-apa yang sepatutnya. Oh ye, tidaklah sis tak buat apa-apa, sis sambung master tatapi penulisan master sis sangat lambat bergerak. Maklumlah master kan adalah la perlbagai cabaran yang sis harus hadapi. master dan degree adalah sangat berbeza situasinya. Jadinya sis akan kongsikan pengalamn sis masa degree dan master di lain post nnti. hahahahah

     Kesimpulannya, ini sahajalah mukadimah daripada sis kepada rakan-rakan sis yang sibok suruh  sis buat blog ini HIDAYAH JASNI dan HAZANI ZABUDDIN. Semoga anda berdua menjadi pembaca yang setia kat blog aku ni. okay sekian saja repekan daripada sis. Sis nak kena sambung menulis kerja sis pula.. Assalamualaikum

4 comments:

  1. Saya seronok membaca post yang ditulis oleh sis. Saya harap sis meneruskan penulisan sis di blog ini dan diharapkan tidak hanya hangat-hangat tahi ayam.. I'm your number one fan..

    ReplyDelete
  2. okaylah sis syajarahDunia.. sis cuba yang terbaik untuk enjoy dengan blog ye sis.. terima kasih isi syajarahDunia.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Penulisan yang sangat puitis dan tersntuh jiwa apabila membaca, saya akn jdi peminat no 0,sbb ada kt atas komen nk jdi no 1,i'm fan no zero.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih secret admire.. teruskan menjadi peminat no 0 sis ye.. untuk update seterusnya, boleh la secret admire juga turut memberikan padangan di comment untuk berkongsi pandangan dan pendapat.

    ReplyDelete

CINTA & KEJAYAAN

     Assalamualaikum dan salam ramadhan.. Alhamdulillah kita diberikan peluang dibulan yang mulia tahun 2020 ini untuk beramal dan mencinta...